Polis cari waris tinggal kanak-kanak dalam kotak

Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak malang terbabit kini kritikal dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh untuk rawatan dan difahamkan mangsa mengalami pendarahan otak.

Jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin, kanak-kanak terbabit ditinggalkan di jalan berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.

“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.

Related Articles