Polis cari warga Singapura, China bantu kes dadah

Warga Singapura itu dikenali sebagai Wong Wee Ping yang memiliki pasport bernombor E3673386N dan menetap di Apartment Blok 34, Mersiling Drive, 11-381 Singapura.

Rakyat China itu dikenali sebagai Zhao Huidi yang berasal dari Liaoning dan memegang pasport G34718421.

Menurut kenyataan Polis JBS, kedua-dua saksi itu diperlukan untuk perbicaraan yang berlangsung pada 8.30 pagi pada 13 dan 16 Oktober ini.

Orang ramai diminta menghubung Pegawai Penyiasat Inspektor Nazarul Izwan Abdul Manaf di talian 019-3811817 sekiranya mempunyai maklumat berhubung saksi berkenaan. – Bernama

 

Related Articles