20
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, seorang daripada suspek didapati telah telah melepaskan tembakan secara rambang di dalam dan di hadapan rumah mangsa.
“Kejadian itu dapat dilihat melalui sistem rakaman televisen litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit.
“Hasil siasatan, motif kejadian lebih kepada ugutan terhadap tuan rumah dan dalam kejadian itu, tiada siapapun yang mengalami kecederaan,” katanya memetik laporan Kosmo Online.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.