Polis berkas sembilan suspek culik tauke kedai pengurup wang

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, tangkapan dilakukan pasukannya selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa pada 28 September lalu.

“Hasil risikan, pada Ahad lalu, kita telah menahan seorang lelaki tempatan pada pukul 11.30 malam dan kemudiannya membawa kita ke sebuah rumah jenis apartment di Bayan Lepas.

“Di situ, kita berjaya menemui mangsa dalam keadaan mata ditutup manakala tangannya diikat,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, memetik laporan Kosmo Online.

Related Articles