Polis belum putuskan kelulusan himpunan #TangkapMO1

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya hanya akan mengkaji permohonan mereka jika ia mengikut peruntukan akta berkenaan.

“Mereka kena hantar permohonan dulu baru kita akan buat ulasan (lanjut),” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdangan Orang 2016-2020, di Putrajaya pada Isnin.

Himpunan tersebut dijangka diadakan secara serentak di Kota Kinabalu, Sabah dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan oleh kumpulan belia dengan nama Gabungan #TangkapMO1 susulan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi merampas aset yang dikatakan diperoleh melalui penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). –Sinar Harian Online

Related Articles