Polis akan siasat Naib Ketua Pemuda UMNO

Laporan berkenaan adalah laporan yang dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khalid turut menambah, pihaknya belum merakamkan kenyataan dari pihak pengadu.

“Kita mahu tahu asas laporan itu terlebih dahulu.

“Kita masih belum memanggil ketiga-tiga individu untuk disoal siasat,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dilaporkan, Naib Ketua Pemuda Umno itu membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Khairul menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.

Beliau turut mendakwa bahawa dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.

Zeti dan Abu Kassim berkata, mereka sedang berunding dengan peguam berhubung dakwaan konspirasi yang dibuat Khairul Azwan, manakala Gani menyifatkan laporan polis itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti. –mStar 

Related Articles