Polis akan luluskan himpunan Bersih 5

Bagaimanapun menurutnya, penganjur iaitu Bersih 2.0 perlu mematuhi ketetapan yang tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati,” katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Rabu.

Awal hari ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan akan megadakan himpunan Bersih 5 dalam masa terdekat.

Himpunan itu diadakan bagi tujuan membantah skandal rasuah melibatkan 1MDB susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Khalid dipetik: “Terdapat peruntukan-peruntukan tertentu untuk meminta perdana menteri meletak jawatan. Ikut prosedur.”

Rancangan mengadakan perhimpunan Bersih 5 muncul selepas Jabatan Kehakiman AS menuntut untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

Related Articles