Berdasarkan data dari Apptopia, jumlah pemain aktif Pokemon Go berkurang dan permainan itu kehilangan 15 juta pemain setakat 8 Ogos lalu.
Sejak ianya dilancarkan pada 5 Julai lalu, graf pengguna aplikasi berkenaan menunjukkan peningkatan mendadak namun mulai turun bermula 21 Julai dan dipercayai graf menurun itu masih berkurang sehingga ke hari ini.
Meskipun permainan tersebut bersifat ‘real time’ ianya gagal meneruskan minat pemain untuk terus terjebak dengan Pokemon Go.
Jumlah pemain aktif tertinggi direkodkan pada pertengahan Julai 2016 dengan 45 Juta pemain.
Selepas tarikh tersebut jumlah pemain mula menurun. Selain itu masa yang dihabiskan di dalam aplikasi oleh pemain setiap hari juga semakin menurun.
Demam Pokemon GO nampaknya sudah mula reda. Ini sudah dijangkakan kerana sudah melihatnya terlebih dahulu dengan permainan Farmville, Kim Kardhasian Hollywood, Clash of Kings, Fruit Ninja dan Angry Birds.