Pokemon Go dilarang di premis kerajaan negeri Kelantan

Memetik laporan Utusan Online, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, larangan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini dan dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan.

“Larangan ini terpakai di semua kawasan premis kerajaan negeri, agensi serta badan berkanun di seluruh negeri. Satu pekeliling akan dikeluarkan selepas ini.

“Diharap semua pihak menghormati larangan yang kita kuatkuasakan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim.

Related Articles