19
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata, presiden AS itu hanya melaksanakan apa yang dijanjikannya semasa berkempen untuk memenangi pilihan raya
“Ramai pemimpin sudah mengecam Trump kerana menguatkuasakan larangan perjalanan terhadap umat Islam dari beberapa negara Islam.
“Bagaimanapun, saya rasa tidak sesuai perdana menteri turut membuat kecaman tersebut kerana apa yang dibuat Trump adalah memenuhi janji pilihan rayanya,” katanya sambil menambah ia tidak perlu dijadikan sebagai isu besar. –Makkal Osai