PM terima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera

Pertemuan empat mata itu dilakukan bersempena pelantikan Raja Mohamed Affandi sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkuat kuasa 16 Disember lepas.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat.

Pada pertemuan itu, Raja Mohamed Affandi turut menyerahkan cenderamata kepada Perdana Menteri. -Bernama

Related Articles