Tegasnya, pihak berkuasa akan melaksanakan langkah taktikal baru yang lebih berkesan dalam memastikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus selamat di bawah operasi Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
Katanya, perubahan taktikal menyaksikan kejayaan pasukan keselamatan menembak mati tiga penculik dalam kejadian tembak-menembak di perairan Semporna, baru-baru ini.
“Ini memberi gambaran yang yang kita serius menangani isu ini dan kita akan guna apa saja cara untuk menjamin keselamatan di pantai timur Sabah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Jalan Pintas Lahad Datu, Sabah pada Isnin.
Najib berkata, kekuatan pasukan keselamatan juga akan terus ditambah menerusi penambahan aset termasuk yang membabitkan pertahanan udara.
“Pangkalan hadapan helikopter yang dibina di Lahad Datu dijadualkan siap pada Oktober tahun depan dan ini mengukuhkan lagi kekuatan pasukan dan aset keselamatan di kawasan ini,” katanya.