23
Memetik media tempatan, dpa melaporkan, unit siasatan khas rejim itu Lahav 433 telah pun melawat kediaman rasminya.
Netanyahu menafikan dakwaan rasuah dalam kenyataan sebelum itu.
“Tiada apa akan ditemui kerana memang tiada apa,” katanya seperti dilaporkan ynet.
Haaretz melaporkan dia menerima sepersalinan pakaian manakala anaknya Yair mendapatkan tajaan melancong ke luar negeri.
Siasatan terhadap perdana menteri itu diarahkan oleh Peguam Negara Avichai Mandelblit.