Beliau malah berkata, kejatuhan yang berterusan itu semakin membimbangkan dan sudah pasti akan memberi tekanan dari aspek kewangan terhadap rakyat.
“Barangkali PM dan para Menteri beliau tidak merasai kesusahan sebagai mana yang rakyat rasa..,” katanya melalui laman Facebook beliau pada Khamis.
Malah jelasnya, tidak ada satu negara di dunia ini pun yang mahukan nilai mata wang negaranya rendah.
“Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara,” tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Mata wang Ringgit Malaysia semalam jatuh ke paras terendah iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.
Ringgit pernah mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding satu dolar Amerika pada Januari 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.