PKR ‘Tolak’ kepimpinan diktator Tun Mahathir

Parti yang diasaskan bekas Ketua Pembangkang itu tidak mahu Dr Mahathir menentukan hala tuju pentadbiran negara, termasuk memutuskan pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkaa beliau mahu mahu lebih banyak suara rakyat dalam memilih ketua kerajaan.

Nurul Izzah menyifatkan Dr Mahathir seorang pemimpin yang bersikap diktator dan mustahil untuk parti itu mengikut telunjuknya.

“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, usaha menggantikan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi sia-sia, sekiranya sistem politik sedia ada dikekalkan.

Katanya, sistem politik negara yang disifatkan bejat itu adalah warisan pentadbiran Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Bila sistemnya masih sama, penggantinya takkan mampu mengubah kebejatan yang wujud. Apa bezanya kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal dengan matlamatnya untuk mengubah institusi dan mendidik rakyat Malaysia meneruskan usaha itu.

Related Articles