PKR sedia berbincang dengan BERSATU soal kerusi PRU14

Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan perkara tersebut.

Malah beliau menambah, pihaknya sedia berbincang dengan parti baru yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.

“Bila parti politik itu dibentuk, mestilah hendak sertai pilihan raya. Ini bukan soal ambil (kerusi), ini soal berbincang.

“Tidak ada parti politik dibentuk untuk duduk dan tengok daripada jauh,” katanya ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Bagaimanapun jelas Menteri Besar Selangor itu, pihaknya hanya akan berbincang dengan BERSATU selepas parti itu mendapat kelulusan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sebelum ini, Muhyiddin mengharapkan agar pembangkang dapat melepaskan beberapa kerusi untuk ditandingi BERSATU dalam PRU14.

Menurut Muhyiddin, pihak mereka sudah mempunyai data melibatkan kawasan-kawasan sasaran untuk bertanding dan positif parti baru itu boleh memenangi kerusi-kerusi yang disasarkan.

Related Articles