PKR perlu pegang prinsip, tolak kerjasama dengan BERSATU

by SM Amin

Beliau yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata, BERSATU yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed lebih rasis daripada UMNO.

“Parti ini sangat jelas perkauman dari UMNO itu sendiri. Parti ini membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang jawatan atau mengundi.

“Adakah bukan Melayu hanya layak menjadi tukang sorak? Jika parti ini diterima dalam Pakatan Harapan atau diterima sebagai rakan PKR, maka ia memberi isyarat PKR mengiktiraf diskriminasi kaum dan ia bakal menjadi beban kepada kita khususnya bila berdepan pilihanraya.

“Selama ini PKR diterima sangat baik di kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Halim, Tun Mahathir juga sehingga kini masih lagi tidak mengakui kesilapannya menzalimi bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sebaliknya terus memfitnah Anwar.

“Mahathir yang kita yakinkan rakyat bahawa dia mahafiraun, perompak negara tiba-tiba bila dia ketuai sebuah parti lain kita terima dan angkat dia sebagai pemimpin.

“Dia kena akui dan minta maaf atas semua kesilapanya malah tidak keterlaluan dia perlu memulangkan rompakan yang dilakukan seperti skandal Perwaja, Skandal Bank Bumi, Skandal Maminco Makuwasa dan skandal menggunakan wang negara bail out anaknya yang mana Anwar dipecat dan dizalimi kerana menghalangnya.

“PKR itu sendiri diasaskan oleh krisis 1998 yang mana kemuncak kuku besi Mahathir menunggang dan merosakan sistem dalam negara. Kerosakan hari ini merupakan kelangsungan kejahatan Mahathir,” ujarnya.

Tambah beliau, pimpinan PKR khususnya yang selama ini begitu rapat dengan Mahathir harus menyatakan pendirian dalam perkara ini.

“Sepatutnya didesak Mahathir meminta maaf dari Anwar dan seluruh rakyat Malaysia.

“Mood rakyat menolak UMNO BN cukup tinggi namun kita tidak mahu penampilan Mahathir yang mahu berkuasa kembali bagi memastikan legasinya mengganggu mood rakyat ini,” tegasnya.

Related Articles