Ketua Penerangan PKR, Suhaimi Shafie berkata, parti belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan melibatkan kedua-dua negeri yang disebut.
Dengan berpendirian satu lawan satu menentang Barisan Nasional, PKR Selangor mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memberi fokus lebih di kawasan negeri Sabah dan Sarawak yang pembangkang masih belum bertanding.
“Pun begitu PKR selangor akan akur dengan segala arahan untuk bekerjasama dan pengagihan kerusi bersama PPBM nanti,” katanya yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.
Tambahnya, pengagihan kerusi PRU14 akan diuruskan oleh kepimpinan tertinggi parti dalam Pakatan Harapan.
“Oleh kerana kepimpinan tertinggi parti akan menguruskan segala pengagihan kerusi menjelang PRU, maka kami bersedia untuk memberi cadangan bernas,” ujarnya lagi. – Tamil Nesan