PKR Diingatkan Berhati-hati Terima ‘Penghijrahan’ Pemimpin Politik

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Pemuda PKR memberi amaran agar partinya berhati-hati menerima ahli baharu susulan laporan ramai individu berminat untuk “melompat” daripada parti lain.Pengarah Komunikasi Pemuda PKR, Haziq Azfar Ishak, berkata khabar angin akan berlaku “penghijrahan” daripada parti politik lain membimbangkan.Memetik “pengkhianatan” terhadap parti itu 2020, beliau mengingatkan pucuk pimpinan bakal ahli baharu boleh mengancam kestabilan dalam PKR.“Laporan akhbar oleh beberapa agensi media semalam terkait hasrat dan minat segolongan kumpulan untuk menyertai PKR wajar menjadi penggera amaran buat pimpinan parti untuk lebih berhati-hati menerima keanggotaan baharu.“Adalah wajar segala kemungkinan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan dalaman parti khususnya menerima keanggotaan baharu hasil penghijrahan beramai-ramai dari parti lain diambil kira dan dipertimbangkan sedalam-dalamnya.“PKR wajar tidak membenarkan sebarang ruang dibuka untuk membenarkan peristiwa pengkhianatan terhadap parti pada 2020 berulang kembali,” katanya dalam kenyataan, dipercayai merujuk kepada Langkah Sheraton dicetuskan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Azmin antara 11 Ahli Parlimen PKR yang melompat ke Bersatu ketika Langkah Sheraton pada Februari 2020. Beliau dilaporkan dipecat daripada PKR bersama naib presiden ketika itu, Zuraida Kamaruddin.Menurut Azmin, beliau dan 10 individu lain dipecat kerana bersuara lantang mengenai isu dan dasar, dan kerana beliau bersuara menentang seseorang yang “gila kuasa”.Langkah Sheraton menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu selepas hanya 22 bulan memerintah, serta kebangkitan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. – FMT

Related Articles