Malah Timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula memberi bayangan terdapat kemungkinan itu.
“Sebelum ini Pilihan Raya pernah diadakan lebih awal di negeri Sabah. Oleh demikian tidak ada keperluan untuk menunggu sehingga Pilihan raya umum ke-14 bagi mengadakan Piihan Raya Negeri bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
“Walaupun ramalan bertambah kuat mengatakan kononnya PRN Sabah akan diadakan lebih awal, kami disarankan supaya bersiap sedia untuk piihan raya,” katanya.
Baru-baru ini Musa Aman pernah meminta para pemimpin supaya turun ke peringkat akar umbi berjumpa rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh seperti Pilihan Raya sudah tiba.
Kelihatan bahawa Musa Aman yakin BN berpeluang menang kerusi lebih sekiranya PRN diadakan lebih awal di Sabah kali ini.
Pada PRU lalu, pembangkang mudah meresap masuk ke Sabah ekoran beberapa isu nasional.
Terdapat maklumat mengatakan kononnya PRN dirancang lebih awal di Sabah untuk menyekat pengaruh pembangkang di negeri itu.
Sekiranya BN merancang untuk mengadakan PRN lebih awal di Sabah iaitu pada April ini, 13 kerusi DUN baharu yang diwujudkan sebelum ini dikatakan tidak akan digunakan kali ini.
Isu 13 kerusi DUN yang diwujudkan pada tahun lalu dijangka bakal dibincangkan dalam sidang Parlimen yang akan bermula Mac ini.
Kini Sabah memiliki 60 kerusi DUN. – Tamil Nesan