Khairy menyifatkan rakyat Sarawak perlu mengekalkan pemerintahan sedia ada jika mahu melihat masa depan yang cerah di negeri Borneo tersebut.
“Pada saya, ini bukan masa untuk gadai masa depan, ini masa kita bagi mandat kepada ketua menteri kerana jika undi pembangkang semata-mata disebabkan tak puas hati, marah, ia tak akan hasilkan apa-apa dalam konteks pembangunan negeri Sarawak.
“Di negeri Sarawak pilihan raya negeri merupakan masa depan Sarawak. Jangan ambil risiko, ini lah masa untuk beri mandat kepada ketua menteri,” kata Khairy merujuk kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Menurut Khairy, jika Adenan tidak mendapat penuh, ia hanya akan menjejaskan perancangan yang selama ini dirancang beliau.
“Dia perlukan mandat yang kuat, kalau tidak dapat mandat yang kuat dari orang muda ia akan mendatangkan masalah kepada program yang sudah beliau rangka,” katanya.
Khairy juga menyifatkan pentadbiran Adenan mementingkan peranan golongan muda, ia terbukti dengan pencalonan baru-baru ini dimana kira-kira 13 calon muda diperkenalkan dalam pilihan raya kali ini.
“Saya semak dengan Datuk Seri Fadilah, ini paling ramai 13 orang dari pemuda dan beri semangat kepada jentera untuk mendekati rakyat terutamanya dalam pengundi muda untuk BN (Barisan Nasional),” katanya.