Syarikat minyak tersebut melalui satu kenyataanya berkta, operasi berkenaan dihentikan seketika sehingga notis yang baru dikeluarkan kelak.
Penghentian operasi 67 stesen itu melibatkan stesen-stesen di skitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan juga Johor.
Meskipun operasi berkait NGV dihentikan, penjualan produk lain seperti diesel dan petrol beroperasi seperti biasa.
“Petronas Dagangan Berhad (PDB) sedang mengambil langkah-langkah keselamatan di semua stesennya terhadap kemudahan NGV.
“PDB bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dalam operasinya untuk memastikan standard keselamatan yang tinggi di permis kami,” katanya memetik kenyataan yang diedarkan.
Pada Rabu lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas tangki mengandungi bahan api NGV meletup di sebuah stesen minyak di Johor Baru.
Lelaki terbabit yang juga seorang kontraktor sedang menjalankan kerja penyelenggaraan selepas pemilik stesen minyak itu melaporkan berlaku kebocoran bahan api tersebut.