Peserta Bersih dipukul penyokong baju merah bukan anggota PDRM

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt. Nor Azmi Isa sebaliknya berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Kusaini Kassim adalah merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai pembantu am rendah, Gred N1.

“Pihak Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa seorang lelaki Melayu yang bernama Yusaini Kassim telah membuat satu laporan polis pada 8 Oktober 2016 bahawa beliau merupakan seorang peserta Konvoi Bersih 5.0, yang mana ketika melalui simpang lampu isyarat di Sepintas, Sabak Bernam telah ditendang dan dipukul oleh beberapa orang penyokong Baju Merah.

“Beliau adalah merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Am Rendah, Gred N1 dan bukannya seorang anggota PDRM sepertimana yang telah diviralkan,” kata kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.

Beliau turut memberi amaran pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan perkara itu kerana perbuatan tersebut sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej PDRM.

Sebelum ini tersebar di laman media sosial mengatakan lelaki berkenaan adalah anggota PDRM yang menyamar sebagai peserta konvoi Bersih 5.0 untuk memprovokasi penyokong Baju Merah.

Related Articles