12
Menurut kenyataan media dikeluarkan Markas Tentera Udara, pesawat Aermacchi MB339CM yang berpengkalan di Pangkalan Udara Kuantan itu dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan.
Kedua juru terbang (seorang pelatih) dilaporkan selamat apabila berjaya keluar menggunakan kerusi injap pesawat.
Berdasarkan sumber, dua orang awam terlihat pesawat tersebut jatuh di kawasan sawah padi sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Pekan menjalankan operasi di lokasi kejadian.
Difahamkan pesawat berkenaan membuat panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah hari selepas mengalami masalah enjin sebelum terhempas.
TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.