Pesawat terbesar dunia mendarat di KLIA

Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Facebook Malaysia Airports Berhad (MAHB) pada Sabtu.

“Kali terakhir pesawat besar ini mendarat di KLIA adalah pada tahun 2007.

“Kami berbesar hati menjadi hos kepada pesawat ini,” kata pihak Malaysia Airports seperti yang dipetik menerusi Facebook.

Antonov AN-225 yang juga dikenali sebagai Mriya disahkan mendarat pada jam 8.30 pagi tadi.

Mriya merupakan pesawat terbesar di dunia yang dicipta pada 1988 oleh Soviet Union.

Related Articles