Pesakit Zika di Sabah meninggal dunia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu merupakan mangsa pertama dijangkiti virus Zika di negara ini kerana dia tidak pernah ke luar negara dalam tempoh beberapa minggu lepas.

“Ya, benar mangsa telah meninggal dunia, tetapi bukan disebabkan oleh Zika. Sebaliknya akibat jantungnya yang lemah. Mangsa sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan jantung pada bulan depan.” jelas Noor Hisham, memetik laporan Kosmo.

Terdahulu Dr Nor Hisham berkata pesakit yang menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah itu dikatakan mengalami demam pada 27 Ogos lalu dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos.

Ekoran keadaan yang semakin membimbangkan, lelaki berkenaan telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 pada 31 Ogos lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut setelah demamnya semakin teruk dan juga mengalami cirit birit.

 

Related Articles