Pertemuan Mahathir, Anwar tiada keihklasan

Beliau juga melihat usaha Dr Mahathir untuk menemui Anwar yang sebelum ini merupakan seteru politiknya itu sebagai tindakan politik terdesak, semata-mata untuk meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

“Beliau sanggup menemui seteru politik beliau. Namun perlu dilihat bahawa tindakan itu adalah tindakan politik yang terdesak,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menggalas tugas timbalan presiden parti itu berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan Dr Mahathir dan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di mana Anwar mempunyai kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Anwar juga dipecat daripada UMNO.

Anwar kemudian dikenakan pertuduhan berkaitan rasuah dan meliwat. Beliau dihukum enam tahun penjara pada 1999 berhubung empat tuduhan rasuah.

Beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 setelah hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan kesalahan meliwat.

Kini, bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun bagi satu lagi sabitan kesalahan meliwat. – Bernama

Related Articles