Persidangan UMNO awal petunjuk PRU?

PRU Ke-14 sepatutnya diadakan sebelum Mei 2018, namun ia dijangka akan diadakan awal tahun ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tarikh mesyuarat UMNO cawangan ditetapkan antara 17 Mac hingga 30 April manakala persidangan perwakilan bahagian antara 7 Julai dan 26 Ogos.

Beliau berkata, penganjuran beberapa acara penting dalam negara seperti Sukan SEA pada Ogos dan sambutan perayaan Aidilfitri dijadual Jun menyebabkan persidangan itu diawalkan.

Najib juga memesan semua jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak leka atau ambil mudah kerja masing-masing.

Katanya, semua jentera parti perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, menunaikan janji, meluangkan masa bertemu dan mendengar kesusahan rakyat untuk mengetahui hasrat dan keperluan mereka. -Makkal Osai

Related Articles