Persenda Agama, Netizen Gesa Ambil Tindakan Terhadap Pempengaruh

by Anis

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pempengaruh memuat naik video parodi dilihat mengulas isu semasa berkaitan sistem perundangan Islam di Malaysia menerima kecaman hebat daripada warganet.

Berang dengan tindakan pempengaruh yang dikenali dengan nama Dd Chronicle itu, salah seorang pengguna Twitter (X) @PAKUtekan2020 mendakwa, parodi tersebut jelas mempersendakan agama Islam.

Dia mendakwa, walaupun niat pempengaruh tersebut mungkin sekadar mengulas isu semasa, namun ia dikatakan tidak selari dengan fakta.”Parodi yang mempersendakan agama Islam.

Konon niat nak menganjing isu semasa berkaitan syariah, perbuatan dia lebih hina dari anjing,” dakwanya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menggesa pihak berkuasa termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap pempengaruh berkenaan susulan isi videonya yang boleh menimbulkan kekeliruan ramai.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), agama Islam agama rasmi. Tidak boleh dipersendakan. Mohon ambil tindakan. Elemen hina, cukup.

“1. Kepada orang Islam dengan bertanya ‘anda Islam ke?’. 2. Mempersendakan hukum mahkamah yang jelas fitnah (bukan daripada 16 Seksyen yang dibatalkan). 3. Menyentuh sensitiviti ramai orang,” gesa @stzlkhzlkfly.

Warganet yang dilihat menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pempengaruh berkenaan.

Bukan itu sahaja, isu kesalahan judi dan arak yang dipetik dalam video tersebut juga didakwa seakan-akan dapat menimbulkan salah faham kepada orang awam.

“Parodi salah contoh. Judi dan arak adalah dua enakmen yang tidak dibatalkan dari enakmen Kelantan sebab selari dengan bidang kuasa takzir dalam Perlembagaan,” dakwa @FahmiMahat.

Terdahulu, video pempengaruh tersebut dilihat seperti mengulas isu berkaitan pengisytiharan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mana 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu juga dilakukan selepas petisyen dikemukakan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

Walaupun keputusan itu dikatakan tidak menggugat kedudukan Islam atau mahkamah syariah, namun masih ramai yang dilihat tidak berpuas hati kerana dipercayai gagal memahami isu itu dengan baik. — Majoriti

Related Articles