22
Peguam negeri Selangor, Datuk Cyrus Dass berkata ia dapat dilihat pada Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Andalas yang merupakan kawasan berbilang kaum tetapi menjadi majoriti kaum tertentu sahaja selepas pengumuman persempadanan semula.
“Enam kawasan pengundian adalah pengundi Pakatan Rakyat dan penyingkiran mereka hanya akan meningkatkan prestasi BN dalam PRU akan datang,” katanya kapada Mahkamah Kuala Lumpur.
Cyrus yang mewakili kerajaan Selangor serta Datuk S Ambiga memaklumkan demikian dalam sesi pendengaran manakala SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan dan Azizan Md Arshad.
Mahkamah kemudiannya memutuskan penangguhan sesi pendengaran hari ini pada 24 Januari depan. –Tamil Malar