Persempadanan atau penghakisan

Beliau berkata, walaupun cadangan persempadan semula dilihat memberi kesan buruk kepada kaum India, tetapi apa yang memeranjatkan saya adalah kebisuan parti MIC.

“Cadangan ini adalah untuk kepentingan kaum lain dan ia secara keseluruhan menjejaskan hak kaum India dalam politik temasuk pada masa akan datang.

“Kalau dibandingkan dengan negara luar, cadangan SPR itu memang untuk tujuan melemahkan hak kaum India. Sri Andalas, Klang adalah contoh yang terbaik untuk itu,” katanya.

Xavier berkata, Sri Andalas didiami majoriti masyarakat India dan terdapat beberapa kampung orang Melayu di luar sempadan kawasan itu, manakala penduduk India di bahagian tengah kawasan itu pula dipindah di bawah Parlimen Klang.

“Dengan pemindahan kira-kira 40 peratus India, 20 peratus Cina,…Sri Andalas dijadikan majoriti kaum Melayu iaitu 85 peratus,” katanya.

Beliau berkata, syor-syor SPR dilihat tidak menyebelahi semua kaum, contohnya, 20 peratus orang India yang duduk di satu kawasan, akan ditukarkan kepada empat kawasan dengan mengagihkan 5 peratus setiap kawasan.

“Dengan ini, hak orang India untuk bertanding di kawasan berkenaan tidak akan diberi. Oleh itu, semua parti-parti kaum India perlu memandang serius perkara ini. Parti MIC dan parti-parti berkaitan perlu bertindak dalam hal ini dan jangan jadi bisu,” katanya.

Bagi membantah persempadan semula, masyarakat India digesa untuk menandatangani borang bantahan yang disediakan di pejabat PKR, dengan ini mungkin akan berlaku perubahan dalam cadangan SPR. – Tamil Malar

Related Articles