Permohonan qazaf Anwar ditolak

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan berkaitan kes liwat.

Menurut Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, ini kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina meskipun majoriti ulama Islam boleh menerima bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah kategori zina.

Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.

Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.

Related Articles