Permohonan Najib Akan ‘Terjawab’ Minggu Ini

by Anis

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu ini.

Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang juga salah seorang anggota lembaga tersebut berkata demikian tanpa mengulas lanjut.

“Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)..Insya- Allah minggu ini kita harapkan, sabar, sabar kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024, hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu pengampunan Najib antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Sebelum itu, media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Terdahulu dilaporkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib atas pertuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas bermesyuarat pada Isnin lepas.

Najib dipenjarakan selepas disabitkan bersalah dalam pertuduhan salah guna kuasa berkaitan Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) bernilai RM4 bilion dan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Beliau dipenjarakan selama 12 tahun dan denda RM210 juta.-MalaysiaGazette

Related Articles