20
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan berkata, perpaduan dalam kalangan ahli dan pucuk pimpinan BN wajib dipertingkatkan sekiranya mahukan kemenangan secara berterusan.
“Apa yang terjadi di Pulau Pinang pada PRU ke-12 dan 13 sebab tiada perpaduan dalam kalangan kita sama sendiri.
“Gerakan, MCA dan MIC perlu ikut rentak kerja UMNO kerana UMNO sedia membantu parti komponen untuk ambil alih Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau 2016 pada Sabtu.