Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan itu sebagai “sabotaj” oleh kerajaan negeri Perlis kerana menurutnya ia jelas melanggar dan menentang apa yang ingin dicapai Kerajaan Persekutuan.
“Sesungguhnya kerajaan Perlis sedar bahawa Kerajaan Persekutuan baharu sahaja membentangkan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang turut menyentuh mengenai isu penukaran unilateral bagi anak bawah umur. Pindaan ini (oleh kerajaan Perlis) sangat tidak boleh diterima.
“Ia bukan sahaja satu langkah ke belakang, tetapi satu cabaran langsung terhadap apa yang Kerajaan Persekutuan cuba lakukan di peringkat Kabinet. Apa yang Menteri Besar cuba buktikan?” katanya.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa ini bukan isu politik atau agama, tetapi bagi memberi keadilan untuk ibu bapa yang bukan Islam, memetik mStar Online.