Perkhidmatan bas percuma untuk anak-anak tinggal di PPR – Tengku Adnan

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata operasi bas tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat itu dengan kosnya ditanggung sepenuhnya oleh kementerian.

“Sekiranya bersetuju, bas-bas sekolah percuma itu akan diselaraskan dengan warna dan tema tertentu khusus untuk kegunaan anak-anak penghuni PPR sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Apartment Seri Ceria 1 dan 2 kepada warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Free Malaysia Today yang memetik Tengku Adnan sebagai berkata, selain itu, perkhidmatan bas percuma ke stesen-stesen tren juga akan turut dibincangkan dengan operator bas itu bagi kemudahan penghuni-penghuni PPR. – Makkal Osai

Related Articles