Perkasa sedia 50 calon tanding PRU-14

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini merupakan alternatif kepada pengundi terutamanya orang Melayu berfikiran di luar kotak dan tidak terlalu bergantung kepada parti sedia ada.

“Kita akan menumpukan kawasan majoriti orang Melayu yang pasti akan dipertandingkan parti lain seperti Barisan Nasional (BN), Pas dan pakatan pembangkang diketuai DAP.

“Tujuan kita adalah untuk mewujudkan ahli Parlimen yang bebas kerana calon Perkasa terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, tokoh agama dan pendidik,” katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dasar Persidangan Agung Tahunan Perkasa Ketujuh di Kuala Lumpur pada Ahad.

Related Articles