Suasana tegang menyelubungi Malaysia ketika itu sekali gus mengejutkan dunia apabila pasukan radikal tersebut berbuat demikian demi menuntut supaya rakan mereka yang dipenjarakan di Jepun dibebaskan. Bersifat bengis dan menggunakan kekerasan, akhirnya hasil darpada rundingan damai, pengganas itu membebaskan tebusan mereka 79 jam kemudian.
Namun tak ramai juga yang tahu, dua orang sahabat iaitu Razlin Kp Hanifah dan Jimi Jimang yang ketika itu bertugas di sebuah syarikat produksi tempatan, telah mencatat sejarah tersendiri dalam dunia penyiaran apabila bukan saja berjaya menghasilkan dokumentari mengenai kejadian itu malah berjaya menjejaki dan menemubual tebusan serta salah seorang anggota tentera JRA yang terlibat di Tokyo, Jepun pada tahun 2010, kira-kira 35 tahun selepas kejadian berkenaan terjadi.
Razlin yang ketika itu bertindak sebagai penulis skrip, penyelidik dan penerbit dokumentari itu menjalankan kajian hampir dua tahun sebelum ia diterjemahkan dalam bentuk visual oleh jurukamera, Jimi Jimang.
Sebenarnya Razli dan Jimang adalah rakan sekerja aku waktu itu. Di saat Razlin lebih kepada pengarahan/ penerbitan, Jimang sebagai jurukamera, aku pula lebih banyak terlibat dalam skrip dan penyuntingan. Akhirnya setelah sekian lama, malam tadi kami bertemu semula dan ia ibarat ‘reunion’ buat kami bertiga.
Walaupun aku tidak terlibat secara langsung dengan penerbitan dokumentari ini, tetapi aku banyak terlibat dalam perbincangan dan mesyuarat pengurusan tertinggi mengenai dokumentari berkenaan kerana aku juga adalah salah seorang pengurus di production house tersebut. Jadi aku berpeluang melihat kesungguhan kerja pemuda ‘produk’ kelahiran USM ini.
Apa yang pasti, aku cukup kagum dengan hasil kerja Razlin dan Jimang kerana mereka betul-betul telah menghasilkan sebuah dokumentari yang aku sifatkan sebagai ‘international standard’. Sayang sekali, walaupun pernah disiarkan oleh Astro kira-kira enam tahun lepas, namun dokumentari itu jarang diulang siar. Kalaulah Razlin dan Jimang berada di Amerika Syarikat, aku rasa kedua-dua mereka dah lama ‘disambar’ National Geographic Channel.
Razlin sekarang bertugas sebagai Penerbit di Astro Arena manakala Jimang kini adalah jurukamera freelance. Mereka ‘unsung heroes’ dalam dunia mereka. Aku salute kedua-duanya!