Perhimpunan BERSIH publisiti percuma untuk M’sia- Menteri Pelancongan



Beliau menggesa gabungan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 supaya menganjurkan himpunan serupa tahun hadapan, dengan syarat pihaknya diberitahu dengan lebih awal supaya ia boleh dimasukkan dalam promosi pelancongan.

“Saya mahu tandakan dalam kalendar dan guna tunjuk perasaan itu untuk mempromosikan Visit Malaysia 2017 kerana dengan perhimpunan seumpama lebih ramai pelancong aka datang dan ekonomi negara juga akan meningkat,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia adalah negara bebas dan berdemokrasi dan ia dapat dilihat melalui perhimpunan ini.

“Ini kerana, dua pihak (baju kuning dan baju merah mengadakan perhimpunan di lokasi dan masa yang sama. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku….ia meyakinkan saya dan  jika perhimpunan diadakan setiap bulan ia pasti akan memberi faedah kepada industri pelancongan,” katanya. – Tamil Malar

Related Articles