Penyokong pro-Morsi dituduh dalang bom gereja

Demikian pandangan penganalis politik dari Universiti Kaherah, Victor Salama.

“Ia bagaikan satu tamparan kepada kerajaan Mesir. (Juga satu tamparan) kepada komuniti Kristian Coptic,” kata Victor.

Menurut laporan AFP, komuniti Kristian Coptic yang menjadi sasaran Ahad lepas sebelum ini berhadapan diskriminasi ketika pemerintahan 30 tahun Morsi.

Bagaimanapun, pengeboman tersebut juga dianggap ‘hasil’ daripada kerajaan Mesir yang menangkap dan menghukum penyokong Morsi sebelum ini.

Selepas Morsi dijatuhkan, kerajaan Mesir telah menangkap, memenjarakan beribu-ribu penyokong dan menghukum mati beratus-ratus penyokong pro-Morsi.

“Pihak berkuasa Mesir untuk sekalian tahunnya gagal melindungi keselamatan individu dan hak asasi warga Kristian Coptic,” kata Human Rights Watch (HRW) semalam.

Related Articles