Dakwa mereka, penduduk di kawasan tersebut tidak selesa dengan meletakkan seorang wakil rakyat yang bukan anak jati Kedah.
Malah kata mereka lagi, wakil rakyat sedia ada juga tidak menunjukkan muka dan berkhidmat untuk menyelesaikan masalah penduduk tempatan sebaliknya banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur.
“Kami tak mahu calon bukan anak tempatan yang selesa duduk di KL sebagai pemimpin kami.
“Dia senang duduk di KL tetapi jarang tunjuk muka dan ekor di kawasan kami, kami dilanda pelbagai masalah, sukar untuk bertemu dan mengadu kepada wakil rakyat.
“Maka kami mahukan seorang anak jati tempatan sebagai wakil rakyat kami pada PRU-14, kalau calon luar diletakkan nanti, dia akan berdepan kesukaran untuk menang, kami tidak akan sokong.
“Kami bertegas mahu calon tempatan supaya senang didekati dan mengemukakan masalah penting kami dan dia pun peka kebajikan kami,” katanya.
Ahli Parlimen Padang Serai sekarang ialah N Surendran. – Malaysia Nanban