Penyelia lori pasir dipenjara sehari, denda RM10,000 cuba rasuah JPJ

Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Toong Soo Hing, 58, mengaku bersalah merasuah penguat kuasa berkenaan sebanyak RM400 bagi melindungi empat buah lori pasir dibawah seliaannya yang membawa lebihan muatan.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, seorang pemandu lori pasir, M. Kanabathi, 49, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesalahan merasuah penguat kuasa JPJ sebanyak RM90 kerana membawa lori terlebih muatan di Jalan Temerloh-Mentakab berdekatan Pusat Servis Proton, Isnin lalu.

Hakim Habibah menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes pemandu lori pasir itu.

Related Articles