Penyebaran surat layang cuba lagakan PM-TPM

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perbuatan fitnah itu berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang iri hati terhadap keakraban pemimpin UMNO pada hari ini.

“Saya minta rakyat termasuk ahli UMNO sendiri untuk tidak mempercayai fitnah yang diadakan itu kerana ia tidak langsung memberi sebarang faedah kepada parti dan negara secara umumnya.

“Sebenarnya UMNO adalah satu parti kukuh dan bersatu dengan sodaritinya terlalu kuat. Maka dengan cara fitnah sebegini merupakan antara salah satu cara untuk memecahkah perpaduan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelepasan Kayuhan Komuniti Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2) di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai penyebaran surat konon ditandatangani Ahmad Zahid yang diutuskan kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai desakan agar Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, memetik laporan Utusan Online.

 

Related Articles