Penumpang teksi ‘GrabCar’ disamun

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata kejadian berlaku kira-kira 1 pagi ketika pemandu berusia 27 tahun itu mengambil kedua-dua lelaki berkenaan di Ampang sebelum menghantar mereka ke satu kawasan di Kajang.

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan kedua-dua lelaki itu. Akibat pergelutan itu pemandu tersebut cedera di muka dan kepala.

“Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh orang ramai tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 39 tahun kini direman untuk disiasat lanjut.

“Kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya sambil menambah kes disiasat kerana menyebabkan kecederaan semasa menyamun. –Bernama

Related Articles