Pentas politik berubah

by SM Amin

PRU14 semakin hampir, bila-bila sahaja pilihan raya akan diadakan. Tetapi PH dan PAS masih belum mencapai keputusan dalam perjanjian “satu lawan satu”, dan dibimbangi pembangkang pada PRU akan datang nanti saling melawan antara satu sama lain.

DAP dan PAS bertukar menjadi musuh gara-gara hudud, manakala sebilangan pemimpin AMANAH pula menubuhkan parti lain kerana pertikaian dengan pemimpin PAS. Oleh demikian, di mata PAS, DAP hanyalah parti politik cauvinis manakala AMANAH pula parti oportunis, jelas sekali PAS langsung tidak dapat menerima kedua-dua parti ini.

Sejak beberapa hari yang lalu, Presiden PAS, Hadi Awang menegaskan, mana-mana parti pembangkang yang berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS, perlu mengikut cara parti itu. Dengan erti kata lain, PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang tetapi parti itu perlu mengikut cara PAS. Lebih tegas lagi, PAS mahu terus menjadi ketua dan memijak parti-parti pembangkang yang lain.

Pasti semua orang tidak terkejut dengan hujah Hadi Awang ini kerana ia adalah gaya konsisten pemimpin-pemimpin PAS, di mata PAS hanya ada sebuah parti politik semata-mata iaitu PAS. Tetapi Hadi Awang masih tegas medakwa bahawa parti itu bersedia untuk berbincang dengan parti pembangkang mengenai hal-hal berkaitan PRU, ini termasuklah mengelakkan pertempuran tiga penjuru.

Bagaimanapun, bagi PAS, rundingan tersebut tidak termasuk AMANAH kerana parti itu adalah serpihan daripada PAS, bahasa yang lebih kasar lagi, AMANAH adalah pengkhianat.

Berhubung perjanjian kerjasama bagi mengelak pertempuran tiga penjuru pula, apa yang difahami Ialah pemimpin PAS telah mengeluarkan dua syarat iaitu “semua perlu mendengar kata saya” dan “segala perjanjian tidak termasuk AMANAH”. Kedua-dua syarat ini jelas menunjukkan PAS hampir menutup pintu besar parti itu, tidak mahu memberi peluang rundingan kepada PH dan PPBM.

Walau bagaimanapun, Penasihat PPBM, Mahathir Mohamad pula kali ini mengatakan bahawa parti itu tidak akan berunding dengan PAS lagi dan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU akan datang. Justeru itu, dapat dilihat pada PRU14 pasti akan muncul pertandingan tiga atau lebih penjuru, peluang untuk pembangkang memerintah kerajaan Pusat akan menjadi lebih kabur.

Pertandingan tiga penjuru dalam PRU bukanlah satu perkara yang tidak baik, perpecahan undi membuatkan calon BN mendapat keuntungan, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik semasa, bukan mudah bagi calon BN untuk menewaskan calon pembangkang. Jika pada PRU kelak, pembangkang sekali lagi hilang peluang kerana pertandingan tiga atau lebih penjuru, maka jangan sesekali menyalahkan pengundi kerana semua kesilapan adalah atas pembangkang sendiri.

Walaupun pembangunan politik pembangkang seperti pementasan teater, mampukah DAP terus tegas dengan pendirian parti itu iaitu memutuskan hubungan dengan PAS sehingga ke akhirnya. Sekiranya PH dan PAS akhirnya bekerjasama, DAP sudah tiada maruah lagi untuk diperkatakan. – Kwong Wah Yit Poh

Related Articles