Pensyarah antara penjawat awam sertai BERSIH 5

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata buat masa ini pihaknya masih melakukan siasatan terperinci dan menyerahkan kepada kementerian terbabit untuk mengambil tindakan.

“Ada seorang dua dipercayai pensyarah dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan haram ini.

“Bagaimanapun, kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyiasat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penjawat Awam Convex 2016 di SEPANG hari ini.

Mengulas lanjut Ali berkata, hukuman yang akan dikenakan terhadap penjawat awam yang terbabit bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Sebelum ni beliau sudah mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Jika berbuat demikian mereka akan berhadapan tindakan tatatertib termasuk di buang kerja atau potong gaji.

Katanya, penjawat awam tertakluk kepada peraturan yang tidak membenarkan mereka menyertai sebarang perhimpunan yang tidak dibenarkan.

Related Articles