Penjual teh jadi model selepas gambar viral

Jurugambar Jiah Ali yang berpangkalan di Islamabad merakamkan gambar Arshad Khan semasa jejaka berusia 18 tahun itu sedang bekerja di sebuah bazar di ibu negara Pakistan.

Dia kemudiannya memuat naik gambar lelaki bermata biru itu di akaun Instagramnya menerusi kapsyen dengan nada gurauan, “Hot-tea” (Teh panas).

Gambar remaja itu mendapat lebih 12,000 tanda suka (like) dan komen daripada ribuan pengikut yang meminat
Ia kemudiannya menjadi ‘trending’ ke seluruh dunia, dari India ke London.

Sebuah syarikat dalam talian fitin.pk telah pun menandatangani kontrak Khan untuk menjadikan lelaki itu sebagai model.

Remaja berkenaan memberitahu dia turut berminat dalam lakonan.

Bercakap kepada Samaaa TV, seramai 40 sehingga 50 gadis datang berjumpa dengannya dalam tempoh beberapa jam, susulan gambarnya yang kini menjadi viral. – telegraph.co.uk

Related Articles