Penjawat awam, adun pembangkang Johor terima bonus

Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin berkata pemberian insentif itu turut diberikan kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang.

“Bonus ini diberikan susulan Johor telah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan dan usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.

“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2017 pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Johor pada Khamis.

Mohamed Khaled berharap budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan.

Kira-kira seramai 11,000 penjawat awam negeri bakal menerima manfaat susulan pemberian bonus tersebut.

Pengumuman bagi tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak.

Untuk rekod, Johor mempunyai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk lapan wakil rakyat dari pembangkang iaitu di Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani, Johor Jaya, Senai, Skudai, Jorak dan Sg Abong.

Related Articles