Penjaga premis pusat refleksologi ditahan perdagang 16 rakyat asing

Dalam kenyataan di Kota Kinabalu pada Sabtu, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Sabah SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, lelaki tempatan berumur 44 tahun itu juga direman empat hari sejak semalam.

“Pada 23 September (semalam) pukul 1.40 pagi, sepasukan polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah menjalankan serbuan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di mana maklumat mendedahkan beberapa orang warga asing telah dijadikan mangsa aktiviti pemerdagangan orang.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai seramai 14 wanita rakyat China, seorang wanita Filipina dan seorang lelaki China di dalam sebuah bilik. Kesemua berumur antara 22 tahun dan 42 tahun,” katanya.

Salehhudin berkata, kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.-Bernama

Related Articles