Penipuan dalam pengagihan tanah di Sungai Yu diserahkan kepada SPRM

Mereka membuat laporan rasmi kepada SPRM selepas menyedari berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam pengagihan tanah lot seluas lebih 15 hektar.

Pengadu mendakwa mereka memiliki bukti yang menunjukkan orang kaya dan berharta berperanan sebagai dalang utama dalam pengagihan tanah lot itu kepada orang luar.

Kata mereka, penduduk masyarakat India di kampung itu yang sepatutnya menerima limpahan itu kini dipinggirkan angkara niat jahat pihak berkepentingan dalam isu itu.

Mereka turut membongkarkan orang kaya itu mempunyai hubungan dengan seorang exco negeri Selangor.

Mereka tampil membuat aduan kepada SPRM atas bimbingan Persatuan Pengguna Klang tentang penyelewengan dalam isu tanah Sungai Yu.

Salah seorang pengadu, bernama Purushothaman Muniandy berkata, SPRM mengharapkan lebih banyak bukti berkaitan kes berkenaan daripada para pengadu.

Pada 19 Ogos lalu, Menteri Besar Selangor menyerahkan surat pengesahan lot tanah di Kampung Sungai Yu kepada ratusan keluarga India di situ.

Dakwa mereka, orang luar diberikan lebih 10 lot tanah di kawasan itu tetapi sebagai komuniti setempat di kampung itu, mereka tidak diberikan sebarang tanah.

Saudara mara kepada orang kaya juga menerima lot tanah di kawasan Sungai Yu. – Malaysia Nanban

Related Articles